Kembali

DMZ (Demilitarized Zone)

DMZ merupakan zon penampan keselamatan yang memisahkan perkhidmatan awam daripada rangkaian dalaman yang sensitif, bertindak sebagai lapisan pertahanan tambahan.

Pengenalan DMZ

  • Definisi: Subnet yang memuatkan perkhidmatan yang boleh diakses dari internet tetapi dipisahkan dari rangkaian dalaman (LAN).
  • Pertahanan Mendalam: Menetapkan peraturan firewall supaya trafik dari DMZ ke LAN disekat bagi melindungi data sulit.
  • Pengasingan: Jika pelayan di DMZ diceroboh, penyerang masih terperangkap di zon tersebut dan tidak dapat mengakses rangkaian utama.
  • VLAN DMZ: Dalam OPNsense, anda boleh mencipta antaramuka fizikal atau VLAN khas untuk menguruskan zon ini.

Isi Penting & Amalan Terbaik

  • Server Awam: Meletakkan pelayan seperti Web, Mail, DNS, dan VPN di dalam zon DMZ.
  • Prinsip "Least Privilege": Hanya buka port yang diperlukan sahaja (contoh: Port 80/443 untuk Web Server).
  • NAT & Rules: Konfigurasi Port Forwarding dilakukan untuk mengarahkan trafik internet ke IP pelayan di DMZ.
  • Pemantauan: Trafik DMZ perlu dipantau dengan lebih kerap kerana ia paling terdedah kepada serangan luar.
Diagram Rangkaian DMZ
Rajah: Konsep Pengasingan Zon DMZ dalam Rangkaian OPNsense